Thursday, 30 August 2012

Kesan demam terlalu panas

Demam??????? aku nak share ngan orang pasal kesan demam panas ni..

Semua orang pun demam tak kira bayi,kanak-kanak,orang dewasa ataupun orang tua..

Aku ada search la dalam internet..Pakar Perunding Perubatan dan Kardiologi Hospital Pakar Putra Melaka, Datuk Dr. Nor Izham Aziz menjelaskan ciri asas demam adalah peningkatan (sementara) suhu badan melebihi 37°C, mengikut gred tertentu.

Kata nya lagi..Demam itu sendiri bukanlah penyakit tetapi simptom (petanda) kepada sesuatu penyakit atau jangkitan kuman hasil tindak balas semula jadi badan mempertahankan diri. Maka, secara dasarnya, demam, seperti juga cirit-birit, adalah salah satu bentuk pertahanan badan terhadap jangkitan kuman atau toksin.

Biasanya, suhu demam adalah antara 38 hingga 40°C, dengan suhu antara 38 dan 39°C dikira sebagai demam gred rendah dan suhu melebihi 39°C sebagai gred tinggi.

Ubat mungkin perlu diberikan kepada pesakit jika suhu badan melebihi 40°C yang mungkin membahayakan nyawa pesakit..

 #Bahaya pada kanak-kanak#

Dr. Nor Izham turut membangkitkan satu risiko besar yang mungkin hadir bersama demam di kalangan bayi dan kanak-kanak.

Suhu terlalu tinggi atau naik mendadak di kalangan bayi dan kanak-kanak prasekolah meningkatkan risiko berlakunya sawan (tarik).

Kejadian sawan (tarik) ini biasa dilihat di wad pediatrik setiap bulan. Ia mudah berlaku jika suhu badan naik melebihi 40°C dalam tempoh hanya satu atau dua hari selepas demam bermula...

Dr. Nor Izham memaklumkan kematian atau otak terencat boleh berlaku akibat salur udara pesakit tersumbat ketika sawan berlaku.

Jika pesakit muntah ketika sawan, ia boleh masuk ke paru-paru dan menghalang laluan udara dan bekalan oksigen ke otak.

Oleh itu, jika berlakunya sawan (ketika demam), posisi pesakit perlu dibetulkan bagi membuka laluan udara dan mengelakkan sebarang halangan salur pernafasan.

Beliau menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi demam anak supaya suhu tidak meningkat mendadak dengan menjelum menggunakan tuala basah, memberi air secukupnya dan juga ubat bersesuaian.
Beliau turut menegaskan pentingnya anak dibawa ke hospital jika demam menjadi semakin teruk dan gagal dikawal.

Demam itu sendiri tidak membunuh. Tetapi perlu berwaspada supaya tidak membawa kepada komplikasi lain yang mengancam nyawa pesakit

No comments:

Post a Comment