Friday 31 August 2012

salam kemerdekaan

Selamat hari merdeka untuk negara kita yang ke-55 tahun...

Merdeka!!!!Merdeka!!!!Merdeka!!!!

Harapan aku,agar negara kita terus maju dan kekalkan keamanan negara kita...

Thursday 30 August 2012

Kesan demam terlalu panas

Demam??????? aku nak share ngan orang pasal kesan demam panas ni..

Semua orang pun demam tak kira bayi,kanak-kanak,orang dewasa ataupun orang tua..

Aku ada search la dalam internet..Pakar Perunding Perubatan dan Kardiologi Hospital Pakar Putra Melaka, Datuk Dr. Nor Izham Aziz menjelaskan ciri asas demam adalah peningkatan (sementara) suhu badan melebihi 37°C, mengikut gred tertentu.

Kata nya lagi..Demam itu sendiri bukanlah penyakit tetapi simptom (petanda) kepada sesuatu penyakit atau jangkitan kuman hasil tindak balas semula jadi badan mempertahankan diri. Maka, secara dasarnya, demam, seperti juga cirit-birit, adalah salah satu bentuk pertahanan badan terhadap jangkitan kuman atau toksin.

Biasanya, suhu demam adalah antara 38 hingga 40°C, dengan suhu antara 38 dan 39°C dikira sebagai demam gred rendah dan suhu melebihi 39°C sebagai gred tinggi.

Ubat mungkin perlu diberikan kepada pesakit jika suhu badan melebihi 40°C yang mungkin membahayakan nyawa pesakit..

 #Bahaya pada kanak-kanak#

Dr. Nor Izham turut membangkitkan satu risiko besar yang mungkin hadir bersama demam di kalangan bayi dan kanak-kanak.

Suhu terlalu tinggi atau naik mendadak di kalangan bayi dan kanak-kanak prasekolah meningkatkan risiko berlakunya sawan (tarik).

Kejadian sawan (tarik) ini biasa dilihat di wad pediatrik setiap bulan. Ia mudah berlaku jika suhu badan naik melebihi 40°C dalam tempoh hanya satu atau dua hari selepas demam bermula...

Dr. Nor Izham memaklumkan kematian atau otak terencat boleh berlaku akibat salur udara pesakit tersumbat ketika sawan berlaku.

Jika pesakit muntah ketika sawan, ia boleh masuk ke paru-paru dan menghalang laluan udara dan bekalan oksigen ke otak.

Oleh itu, jika berlakunya sawan (ketika demam), posisi pesakit perlu dibetulkan bagi membuka laluan udara dan mengelakkan sebarang halangan salur pernafasan.

Beliau menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi demam anak supaya suhu tidak meningkat mendadak dengan menjelum menggunakan tuala basah, memberi air secukupnya dan juga ubat bersesuaian.
Beliau turut menegaskan pentingnya anak dibawa ke hospital jika demam menjadi semakin teruk dan gagal dikawal.

Demam itu sendiri tidak membunuh. Tetapi perlu berwaspada supaya tidak membawa kepada komplikasi lain yang mengancam nyawa pesakit

Demam Damia tak kebah-kebah

Alala...kesian anak mama..demam lagi ye..

tengah malam tadi,lebih kurang dalam pukul 1.30pagi...aku check panas dia..aik,makin panas ni,aku check la pakai termometer...mai ai 39.8..panas giler ni...ini kalau pergi hospital mau kena admit wad ni...aku pun bagi lagi ubat demam,,,pastu dia tido,aku still lap badan dia..aku tukar cool fever yang baru..aku tampal kat dahi dia..belakang dia,aku tampal 2 cool fever...aku check perut dia...macam kembung ni..sapu la ubat..pastu dia terus lelap...tak larat sangat la tu...kesian anak mama ye...

Pukul 4 pagi baru aku n laki aku tido..kami kalau damia demam..gilir-gilir la check suhu demam dia...orang kata sedia kan payung sebelum hujan..hehehe...kalau boleh tak nak apa-apa jadi kan...kan..

Pukul 6.30 pagi kitaorang bangun..aku check lagi suhu badan dia...38.5...demam lagi ni...pelik gak kenapa tak kebah-kebah demam dia ni...selalu nye kalau dari petang dia demam..sekali je bagi ubat terus ok je...

Pukul 8 pagi aku bawa dia ke klinik...doctor check suhu dia 38.1...doctor cakap memang demam ni..doctor check la semua..doctor cakap lagi,tekak dia merah sikit n perut dia meragam sikit...n doctor bagi aku MC untuk jaga anak kat umah...

sekarang ni dia dah tido lepas bagi ubat...harap-harap la dia dah tak demam...mama susah hati tau kalau anak mama tak sihat..mama sayang anak mama tau..






Wednesday 29 August 2012

Damia Demam

balik dari kerja...n Sesampai aje kat rumah...laki aku memang dah ada ...memang kerja dia la yang pergi hantar n ambil anak kami(Damia)kat Taska..

Laki aku cakap badan Damia macam panas sikit...aku pun check la pakai Termometer....37.8...demam la tu..Biasa la dia..kalau dia tak sihat,meragam la sikit

pastu,aku bagi la ubat...nak bagi ubat pun sangat-sangat la susah...dah macam berperang pun ada..bersilat pun ada gak...hahahhaa aku tak kisah bagai manacara sekalipun,janji ubat tu dia telan n masuk dalam badan dia..kalau nak ikutkan dia..memang dia tak nak telan la kan...

Sesudah telan je ubat tu,laki aku dukung dia..tak sampai 5minit dia dah tido..penat la tu...


Kesian anak mama...

Bukan Bidadari

Korang tengok tak cerita " Bukan Bidadari"...best gile kan kan???Aku sungguh ber emosi bila tengok cerita ni..Kesian pun ada?..Geram pun ada?...Rasa nak maki pun ada gak...Sedih pun ada..Semua ada lah..

Sebenarnya,aku tak tengok pun 1st episod cerita ni...bila tertengok episod ke-2,aku rasa cerita ni best...aku ingat kan aku sorang je yang suka cerita ni...rupa-rupa nya mak aku n budak opis aku pun suka gak cerita ni...

Di pendek kan cerita.....cerita ni memang best la..


Aku tak penah tengok pun pelakon perempuan ni sebelum ni...tapi,dia berlakon memang best la...macam real jeq..tu baru betul-betul orang panggil pelakon...kan...kan....




Tuesday 28 August 2012

Alahai Rumah Ku.....

Susah nya nak beli rumah...makan berbulan-bulan lamanya...masih tak boleh sattle-sattle lagi..naik menyirap aku..tapi tak tau nak menyirap kat siapa plak...pihak bank ke??peguam bank ke??peguam rumah ke??pemaju ke??


aku ni beli rumah yang dah siap..bukan rumah orang tau..rumah baru la aku beli..Apartment jeq yang kami mampu..Amin...
janji mampu beli...ko ado???(nada Azwan Ali...sorry gurau jeq)

korang pikir..aku beli rumah tu bulan 3 tahun ni(2012)...ni dah akhir bulan 8 masih tertangguh-tangguh lagi..

nak jadikan cite..hari jumaat lepas peguam bank call laki aku,,suruh kitaorang pergi sign document pada hari ni(28/8/2012)..so kitorang pun pergi la...pung pang...pung pang cakap ngan peguam tu..dia cakap kami tak dapat full loan...n kena tambah duit kitaorang sikit...sikit pun tak sikit sangat la...haaaaihhhh....

Peguam Bank tu cakap...lepas kitaorang bayar tu..dalam 2 minggu kami dapat la kunci rumah..apa-apa pun kena deal dengan orang bank tu dulu...

kalau la orang bank tu buat kerja dia...dapat la aku kunci rumah baru kami ni dalam masa yang dorang cakapkan tu...

ni la rumah aku..gambar ni aku ambil dalam mudah.my...hahhaha...senang kan kerja aku..copy n paste jeq...
tak yah susah nak pergi ambil gambar kat situ...area rumah yang aku beli ni,memang berlambak-lambak lagi kosong..dengar-dengar cite,sewa kat situ pun dah mahal..nak dapatkan sewa RM450 pun susah nak dapat dah..

p/s:pesanan aku...beli la rumah cepat-cepat..tak rugi beli rumah..

harap-harap korang faham la cerita aku ni...dulu masa aku SPM...BM aku tak dapat la A1...hahahha




Monday 27 August 2012

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya untuk Semua..

Tahun ni tahun beraya rumah keluarga laki aku..Tema nya warna purple..Beraya belah laki aku ni meriah giler..rasa macam tak cukup tangan n kaki...keluarga dorang besar..penat tu memang la penat,tapi best woooo..

malas nak taip banyak-banyak la..korang tengok la gambar kitorang ni...

ni la kitaorang..anak aku Damia Nur Qistina n Ayah nya..


Formal jeq...

dorg usik Damia...

gila-gila skit..baru syok...


hari tu Damia jadi model...semua orang nak bergambar dengan dia...

Tuesday 14 August 2012

Berapa Pasang Baju Raya Korang

hai..kwn2...

lagi beberapa hari kita dah nak menyambut hari raya Aidilfitri 2012...

raya tahun ni..berapa baju korang?..aku sepasang jeq la...lagipun Raya tahun ni kat rumah mak mentua...haiihhhh..seronok gak tau raya kat umah dorang ni..tema raya tahun ni warna purple...

tema warna raya korang tahun ni warna ape plak?share la kat sini..

kalau nak kira baju raya anak aku..memang banyak la..mak mentua aku buat kan baju kurung tuk dia..mak aku plak beli kan baju gaun tuk dia...aku ngan laki aku plak,tak bleh nampak baju budak2..konpem beli...


macam ni la ala-ala baju aku tu..tapi bukan baju ni..mana ntah aku amik baju ni...ni buat contoh aje...

nanti aku upload baju kitaorang..tapi tunggu raya dulu la,baru aku update..



Monday 13 August 2012

Diskaun Tol Sempena Cuti Hari Raya 2012

gelap..cerah..gelap...cerah...tup tup..dh nak raya dah..tinggal beberapa hari saja lagi...

sini aku nak share diskaun Tol sempena nak raya ni...tq kerajaan...save duit aku...hahhahahaha


korang nampak tak jadual Tol ni?...kalau tak nampak..bukak mata korang besa2 skit..

sebelum tu ingat pesanan aku ni...

p/s: berhati-hati di jalan raya..
      jangan drive lelaju...
      jangan bawa keta kalau korang ngantuk...
      biar lambat asal korang selamat..
      jalan raya bukan tempat korang berlumba...

      ok...cau dulu...
     

Friday 10 August 2012

Tanda-tanda Malam LailatulQadar

10 malam terakhir adalah malam yang ditunggu tunggu oleh sekalian umat Islam yang menunaikan puasa kerana pada 10 malam terakhir ini, satu malam adalah malam yang penuh dengan keberkatan iaitu malam lailatulqadar. 

Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam para malaikat turun dengan membawa keberkatan dan kebaikan kepada umat yang beribadah. Sesiapa yang dapat kebaikan pada malam tersebut. Mereka adalah golongan yang paling beruntung.



Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. 

Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.



Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :

  • Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
  • Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
  • Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
  • Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
  • Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.